awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan

Bernama
Bernama
11/10/2017
03:56 MYT
Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan
Mat Dan yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program Astro. - Gambar fail
Pengacara televisyen Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 27, kini berjinak-jinak dengan dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang kini dalam penggambaran.
Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam itu berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.
"Saya baru terlibat dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula," katanya kepada Bernama, di sini.
Anak muda itu mula terkenal di negara ini selepas video kefasihan beliau bercakap dalam bahasa Melayu loghat Terengganu tular.
Beliau yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program stesen televisyen berbayar Astro.
Pengacara program "Mat Dan Kaki Jalan" yang membawa penonton menggembara ke 13 destinasi menarik di negara ini dan travelog "Haramain Backpackers" bersama PU Amin, turut terlibat dalam perniagaan produk gel rambut atau pomade dengan jenama 'J.Tac by Mat Dan'.
"Jenama pomade ini bersempena ayat 'semat jetak' dalam loghat Terengganu yang bermaksud 'sangat segak," katanya.
Mat Dan turut berkongsi impiannya untuk menjadi usahawan 'budu hipster'.
"Dulu masa mula-mula jadi selebriti saya memang terfikir untuk buat produk berasaskan budu tapi hanya sekarang baru kita nak mula buat budu hipster," katanya tanpa menjelaskan maksud budu hipster.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#budu
#Daniel Tyler
#England
#filem
#Islam
#lakonan
#Mat Dan
#pomade
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan