Salah seorang finalis program realiti Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid tampil memohon maaf menerusi laman Instagram miliknya selepas dihentam teruk kerana tidak peka dan memahami isu Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri bt Wan Abdul Rashid, dia memohon maaf kerana kurang peka mengenai ekonomi negara ditambah lagi jadual yang padat membuatkan dirinya lalai tentang perkembangan isu semasa.

“Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..

“Mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys,” tulis Mawar menerusi foto di Instagram miliknya.


Terdahulu, Mawar yang kini bersaing bersama 17 peserta yang lain telah diuji mental dan kesabaran sebagai dewi yang versatil menerusi temuramah selama 3 minit dengan hanya ‘one take’ tanpa sebarang persediaan.



Program realiti Dewi Remaja bersiaran setiap hari Sabtu, bermula jam 8.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) sejak 14 April yang lalu.