awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki miliki 17 rekod jenayah ditahan terlibat cubaan curi kabel
Netanyahu puji Trump susulan penahanan Maduro
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mawi bersama Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan

Gempak
Gempak
13/06/2018
21:36 MYT
Mawi bersama Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan
Gandingan dua penyampai Zayan ini pernah menghasilkan lagu untuk Ramadan sebelum ini berjudul Indah Bersama yang turut disertai Raqib Majid. Foto Astro GEMPAK
PENYANYI Mawi dan Anas Tahir kembali berkolaborasi menerusi lagu terbaru sempena Aidilfitri yang dihasilkan secara spontan.
Anas memberitahu idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus secara spontan ketika dia bersama Mawi berada di dalam konti stesen radio Zayan.
"Ketika itu kami memang tidak merancang untuk mencipta lagu raya cuma ia dihasilkan secara spontan sambil produser kami, Shamsul Kamal bermain gitar.
"Selepas kami merakam lagu itu menerusi telefon pintar, kami berikan pada Oja untuk proses susunan melodinya," katanya kepada Astro Gempak.
Belanja sikit... Lagu raya spontan yg masih belum ada tajuk. Korang rasa tajuk apa yang best ek??? Komen tau kat bawah
Jelasnya, dia menyukai lagu tersebut selepas mendengar semula susunan lagunya.
"Cerita lagu raya kami ini lebih kepada puasa enam pada bulan Syawal. Secara peribadi, saya tidak sangka apabila kami dapat merakam lagu ini di studio," katanya.
Gandingan dua penyampai Zayan ini pernah menghasilkan lagu untuk Ramadan sebelum ini berjudul Indah Bersama yang turut disertai Raqib.
Bagi Mawi, definisi lagu yang bagus adalah lagu yang sedap didengar peminat.
"Lagu kami ini masih belum ada tajuk tapi menariknya, ia spontan dari aspek melodi dan lirik," katanya.
Sebagai penyanyi, dia mahu peminat dan pendengar Zayan terhibur mendengar lagu tersebut.
"Jika seseorang penyanyi itu 'enjoy' dengan lagunya, insha Allah pendengar juga akan berkongsi rasa yang sama," katanya.
Sebagai kelainan, Mawi memberitahu lagu ini menampilkan lirik dalam dialog percakapan seharian secara santai dan mudah difahami pendengar.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Anas Tahir
#Lagu
#lirik
#Mawi
#melodi
#puasa enam
#radio
#rakam
#Ramadan
#spontan
#Zayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan