Bekas juara Akademi Fantasia musim ke tiga, Asmawi Ani atau Mawi, 33 berkongsi kisah menarik ketika kali pertama bertemu Allahyarham Nik Aziz pada tahun 2005.
Kata Mawi, ketika itu dia berpeluang mengadakan persembahan sempena perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.
“Allahyarham suka dengan perkataan ‘World’ yang saya bawa ketika di dalam program AF. Beliau mahu saya teruskan berbuat demikan. Itu yang apa kami bualkan ketika kali pertama berjumpa,” kata Mawi ketika dihubungi Astro AWANI.
Mawi turut bercerita yang dia sempat melawat Allahyarham ketika beliau dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.
“Saya ketika itu ke Kota Bharu untuk bantuan amal mangsa banjir. Bila dengar Allahyarham tidak sihat, saya ambil kesempatan pergi melawat beliau di hospital.
Bila saya sampai, saya tengok Allahyarham sedang bersenam. Beliau pandang saya, kemudian bertanya ‘Apa Khabar’ dalam bahasa Urdu. (ketawa) Mungkin ketika itu beliau sangkakan saya adalah orang lain,” imbas Mawi mengenai kenangan manisnya bertemu bekas Menteri Besar Kelantan yang sememangnya fasih berbahasa Tamil, Urdu dan Arab selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu.
Kata Mawi, dirinya kagum dengan sifat Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat suka berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.
"Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini," kata Mawi.
GALERI FOTO KEHIBAAN ORANG RAMAI DI HARI PENGEBUMIAN NIK AZIZ
Selain Mawi dan Amy, Datuk Siti Nurhaliza juga antara artis yang berpeluang bertemu dengan ikon negeri Kelantan itu ketika beliau masih sihat.
Sedutan pertemuan itu turut di muat naik Siti di laman Twitternya. Klip video yang diiringi lagu 'Lelaki' nyanyian penyanyi ini telah di twit semula lebih dari 300 pengguna twitter.
Ternyata pemergian tokoh agama yang disegani ini turut dirasai oleh ramai. Beberapa selebriti tempatan turut berkongsi doa dan ucapan takziah di media sosial sejurus mengetahui pemergian Tok Guru.
Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis, 12 Februari kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Nik Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Azyyati Ahmad
Fri Feb 13 2015
MAWI: Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini - Foto sumber Duniamawi.blogspot.com
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Amy tergamam terima berita pemergian sahabatnya, Jiman Casablancas.
Konsert Search Fantasia Bulan Salju, beri definisi 'berkelas'
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!
'Ada persamaan dengan arwah Yazit' - Amy perkenal drummer baharu Search berusia 17 tahun
Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.
Amy Search kini bergelar Datuk
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.