PENCETUS Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai terutama kaum lelaki tentang hukum mencukur bulu kaki.

Menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman menjelaskan tentang dalil yang diperkatakan oleh ulama.

"Yer. Benar. Berdasarkan pendirian dalil, memang tiada dalil jelas dan sohih yang melarang lelaki mencukur bulu kaki.

"Tapi ada juga pendapat yang mengharamkan lelaki mencukur bulu kaki kerana mengaitkan perbuatan itu dengan ciri keperempuanan.

"Tetapi, pendapat yang kuat (InsyaAllah) adalah pendapat yang membolehkan lelaki cukur bulu kaki dengan syarat tidak berniat untuk menyerupai perempuan.

"Hayati hadis Nabi ini, maksudnya: Yang halal itu adalah apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan yang haram itu adalah apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa yang Allah diamkan (hukumnya) maka ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan (Ibnu Majah)," tulisnya.

Yer. Benar. Berdasarkan pendirian dalil, memang tiada dalil jelas dan sohih yang melarang lelaki mencukur bulu kaki. Tapi ada juga pendapat yang mengharamkan lelaki mencukur bulu kaki kerana mengaitkan perbuatan itu dengan ciri keperempuanan. Tetapi, pendapat yang kuat (insyaAllah) adalah pendapat yang membolehkan lelaki cukur bulu kaki dengan syarat tidak berniat untuk menyerupai perempuan. Hayati hadis Nabi ini, الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا عَنْهُ Maksudnya: Yabg halal itu adalah apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan yang haram itu adalah apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa yang Allah diamkan (hukumnya) maka ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan (Ibnu Majah)

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan yang diberikan olehnya itu.

Ada juga menjelaskan bahawa selama ini mereka menyangkakan bahawa mencukur bulu kaki adalah haram.

"@niaamirr: So maksud ustaz perkara tu halal ya untuk perempuan? sebab selama ni saya ingat haram mencukur bulu kaki."

"@dianabtbuang: Lelaki tak ada bulu kaki langsung tak mancho.... Geli tengok. Maaf kalau ada yang tersinggung."

"@m.haziq_shah: Kefahaman apakah ini. Ermmm, lepas ini semua orang boleh cukur Kaki dengan menggunakan dalil ustaz. Ustaz tak risau ke bakal dipertanggunggjawabkan di akhirat kelak."