awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengamuk dengan penguatkuasa MPSJ, Lan Pet-Pet akui kesilapan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/08/2016
13:44 MYT
Mengamuk dengan penguatkuasa MPSJ, Lan Pet-Pet akui kesilapan
Lan dilaporkan telah membayar kompaun dan meminta maaf dengan penguatkuasa terbabit.
PELAWAK tempatan, Lan Pet-Pet mengakui kesilapannya apabila naik darah dan memarahi penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang bertindak mengunci tayar keretanya selepas meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya.
Menerusi laporan portal Berita Harian pada Sabtu, Lan yang sebelum ini popular sebagai anggota kumpulan pelawak Senario, berkata apa yang berlaku sememangnya berpunca daripada kesilapannya dan penguatkuasa terbabit hanya menjalankan tugas.
"Memang salah saya kerana letakkan kenderaan di tempat yang dilarang.
"Ketika itu saya panik kerana baru sahaja mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak," tambah Lan seperti yang dipetik dalam laporan Berita Harian.
Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad juga mengakui pengalamannya pernah 'terkena' dalam sebuah program prank beberapa tahun lalu juga mempengaruhi tindakannya ketika itu.
Dalam pada itu, Lan dilaporkan telah menjelaskan kompaun sebanyak RM80, selain secara peribadi telah bertemu dengan penguatkuasa tersebut untuk meminta maaf.
Semalam, sebuah video berdurasi kira-kira seminit tersebar di laman sosial, di mana Lan dilihat sedang memarahi seorang penguatkuasa apabila tayar keretanya dikunci sedangkan isterinya Rubytah Abu Bakar berada di dalam kereta itu.
Topic Berkaitan
#Lan Pet-Pet
#pelawak
#Senario
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan