awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Menunggu Hujan Teduh' karya terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2014

Bernama
Bernama
20/04/2015
01:24 MYT
'Menunggu Hujan Teduh' karya terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee 2014
Azma Aizal Yusoof (dua, kanan) dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dan Telefilem Terbaik pada Anugerah Tribute P. Ramlee malam tadi. - fotoBERNAMA
Telefilem 'Menunggu Hujan Teduh' arahan Azma Aizal Yusoof memenangi Telefilem Terbaik pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P. Ramlee 2014 di sini malam tadi.
Selain Telefilem Terbaik, filem itu turut merangkul dua lagi gelaran iaitu Pengarah Terbaik oleh Azma Aizal dan Zaidi Omar sebagai Pelakon Terbaik Lelaki.
Kemenangan itu membolehkan telefilem itu dan Azma Aizal masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Pelakon Wanita Terbaik disandang oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud menerusi telefilem berjudul 'Seteguh Kasih Ibunda'.
Majlis anugerah, yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Telefilem 'Menunggu Hujan Teduh' mengisahkan seorang lelaki yang baru bersara bernama Rahman pulang ke kampung bersama isterinya, Habibah untuk menetap dan menjalani kehidupan baharu.
Sementara itu, Seniwati Mariani Ismail diberikan Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu bagi mengenang jasa beliau sepanjang penglibatannya dalam industri seni tanah air selama lima dekad.
Anugerah Tribute P.Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., itu merupakan kali kedua diadakan bagi mengiktiraf 13 telefilem berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee.
Pemilihan telefilem terbaik bagi Anugerah Tribute P.Ramlee daripada kesemua telefilem yang disiarkan dalam slot 'Tribute P.Ramlee' di saluran TV1 tersebut dibuat melalui penilaian juri profesional dan pengundian penonton.
Kesemua 13 telefilem yang bertanding pada majlis berkenaan adalah 'Menunggu Hujan Teduh' arahan Izma Aizal Yusoof; 'Seteguh Kasih Ibunda' (Osman Ali); Cinta Kedua (Jamal Khan).
'Nak Kahwin' (Nizam Zakaria); 'Mengapaku Diseksa (Zul Huzaimy); 'Kasih Antara Kita' (Ismail Yaacob); 'Mahabba Rindu' (Bade Azmi) dan 'Jeritan Batinku' (Michael Ang).
Telefilem yang turut bertanding ialah 'Apa Guna Berjanji' (Datin Paduka Shuhaimi Baba); 'kalau Itu Takdirnya '(Armie Maziah); 'Engkau Laksana Bulan' (Eirma Fatima); 'Apabila Kau Tersenyum' (Kamaruddin Ambak) dan 'Demi Waktu Mahani' (Mohd Fahmi Sarindi).
Senarai pemenang Anugerah Tribute P. Ramlee 2014:
# Telefilem Terbaik: 'Menunggu Hujan Teduh'
# Pengarah Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Menunggu Hujan Teduh)
# Tokoh Lakon Filem Melayu: Seniwati Mariani Ismail
# Anugerah Khas Juri (Jiwa P. Ramlee): Zul Huzaimy (Mengapaku Diseksa)
# Anugerah Khas Juri (Pemikiran P. Ramlee): Mohd Fahmi Sarindi (Demi Waktu Mahani)
# Pelakon Terbaik Lelaki: Zaidi Omar (Menunggu Hujan Teduh)
# Pelakon Terbaik Wanita: Fauziah Datuk Ahmad Daud (Seteguh Kasih Ibunda)
# Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azhan Rani
# Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izara Aishah
# Penampilan Khas Terbaik: Zakaria Yusof
# Skrip Terbaik: Mazelan Manan
# Sinematografi Terbaik: Azeli Mohammad
Topic Berkaitan
#Anugerah Tribute P. Ramlee 2014
#Menunggu Hujan Teduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan