Tutup

Metallica salur bantuan AS$100,000 tangani kebakaran hutan California

Metallica salur bantuan AS$100,000 tangani kebakaran hutan California
Metallica derma AS$100,000 sebagai bantuan bagi menangani kebakaran hutan di California. -Gambar fail
KUMPULAN rock Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM414,000) sebagai bantuan bagi menangani kebakaran hutan di utara dan selatan California.

Perkara itu diumumkan melalui media sosial kumpulan muzik itu pada Selasa.

Metallica berkata AS$50,000 (kira-kira RM207,000) akan disalurkan kepada dana Sonoma County, manakala selebihnya kepada dana Wildfire Relief.

Mereka juga menggesa peminat untuk mendermakan wang, makanan dan pakaian kepada mangsa terjejas.



Kumpulan muzik yang ditubuhkan di California itu telah mendermakan jutaan dolar melalui banyak program kebajikan.