PENDAKWAH bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman mendedahkan sudah terlebih dahulu mengetahui mengenai berita pengarah Michael Ang memeluk Islam.

Namun ketika itu, dia tidak menguar-uarkan perkara itu di media sosial selagi Michael sendiri tidak mengumumkannya secara rasmi.

PU Azman akui dia sangat gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan selamat pulang ke agama asal.

“Masa dia jemput aku ke rancangan masakan #michaelangshalalkitchen dia dulu, dia ada cakap yang dia dah Muslim. Tapi aku bukan jenis yang share di medsos (media sosial) selagi dia sendiri tak umumkan.

And now, past few days, pengarah dan penerbit tersohor negara, Michael Ang sendiri maklumkan tentang kembalinya dia ke agama asalnya iaitu Islam, maka aku sangat gembira untuk itu.

“ Moga Allah kekalkan hidayahnya buat diriku dan dia dan semua. Selamat pulang @michaelang38

“Agama asal tu maksudnya, ISLAM,” tulisnya.

PU Azman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya masih teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar Michael terus istiqamah.

Michael mengumumkan secara rasmi mengenai berita dia kini sudah bergelar saudara Islam beberapa hari lalu.

Masa dia jemput aku ke rancangan masakan #michaelangshalalkitchen dia dulu, dia ada cakap yang dia dah Muslim. Tapi aku bukan jenis yang share di medsos selagi dia sendiri tak umumkan. And now, past few days, pengarah dan penerbit tersohor negara, Michael Ang sendiri maklumkan tentang kembalinya dia ke agama asalnya iaitu Islam, maka aku sangat gembira untuk itu. Moga Allah kekalkan hidayahnya buat diriku dan dia dan semua. Selamat pulang @michaelang38 Agama asal tu maksudnya, ISLAM. #kurtapuman #pumankatalog @jelitasara @puman_official

A post shared by CIK MAN (@pu_azman) on