Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mira Filzah kahwin Oktober ini?

Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Mira Filzah dan Wan Emir Astar sehingga kini tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan mereka. - Gambar Instagram
AKTRES jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Astro AWANI difahamkan, hari bahagia pasangan itu, yang sehingga kini masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka, akan diadakan di ibu negara.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini," kata sumber kepada Astro AWANI pada Rabu.

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.
Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu.

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.


Tag: Mira Filzah, Wan Emir Astar, berkahwin, pelakon, arkitek, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.