PESERTA solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di hospital.
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak.
"Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di hospital.
"Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.
"Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak.
"Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak," katanya kepada Astro Gempak.
Dzawin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pentas akhir MLM 2017, pada Jumaat.
Bercerita mengenai kemenangannya di MLM 2017, Dzawin, berkata, dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
"Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di final kerana para peserta yang bertanding adalah sangat hebat.
"Bagi saya dapat masuk ke peringkat akhir adalah satu kemenangan memandangkan saya ini merupakan peserta solo.
"Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ia merupakan hadiah kepada peminat yang menyokong serta mengundi saya," jelasnya.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya sebagai juri profesional.
MLM 2017 telah berlangsung pada Jumaat, di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Mon May 08 2017
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak. - Foto Astro Gempak
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Tiada istilah mudah jika ingin bergelar pelawak - Ali Puteh
Pelawak anggota kumpulan Puteh, Ali mengingatkan anak didiknya supaya mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin dilakukan jika mahu bergelar seorang pelawak.
MLM 2017: Saya terpaksa teruskan persembahan ketika ayah nazak - Dzawin
Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di Hospital.
Bocey juara MLM 2017, bawa pulang RM500,000
Bocey mencatat sejarah dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila bergelar juara MLM 2017.