Trio Abata gagal meneruskan perjuangan apabila menjadi peserta kelima yang disingkirkan dari Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018.

Empat minggu bersaing, juri menyifatkan persembahan Abata masih belum berjaya menarik perhatian biarpun mempunyai idea yang baik.

Dua lagi tempat terbawah diisi oleh Abioso dan Zero.

Minggu ketiga MLM 2018 menyaksikan 11 peserta bersaing dengan tema percutian.

Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri iaitu Scha Al Yahya.

MLM 2018 turut diadili Tya Ariffin, Remy Ishak dan Douglas Lim yang menyumbangkan 70 peratus markah, manakala 30 peratus lagi markah adalah hasil undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.

Bermula minggu ini, MLM 2018 akan bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat jam 9 malam.