Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Moh Beraya' buah tangan Shiha Zikir bersama MB Perak dan Jamal Abdillah

'Moh Beraya' buah tangan Shiha Zikir bersama MB Perak dan Jamal Abdillah
Meskipun gementar dapat bekerjasama bersama Datuk Jamal Abdillah namun baginya ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna - Foto Instagram/ShihaZikir
SETIAP kali tiba musim perayaan, pasti ramai yang menantikan lagu raya, tidak kiralah yang lama mahupun yang baharu.

Bagi penyanyi, Shiha Zikir, sebagai seorang penghibur sudah semestinya dia juga mempunyai impian untuk merakamkan lagu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tetapi benarlah bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal apabila impiannya terlaksana tahun ini.

Pelantun lagu Pipiyama itu, ditawarkan untuk merakamkan lagu raya berjudul Moh Beraya bersama Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
"Itulah orang kata tempoh PKP ini ada hikmah, Shiha tiba-tiba dijemput untuk berduet dengan Datuk Jamal Abdillah, dan apa yang paling rare apabila Shiha dapat bekerjasama dengan Menteri Besar Perak bersama dengan setiausaha beliau," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, meskipun gementar dapat bekerjasama bersama Datuk Jamal Abdillah, namun baginya ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.
"Kerjasama dengan beliau sangat mudah sangat senang, dan dia pula jenis banyak bagi nasihat benda itu yang sangat Shiha perlukan," jelasnya.

Selepas lagu "Moh Beraya", Shiha juga berharap dapat diberikan peluang untuk berduet dengan Jamal Abdillah lagi pada masa akan datang.

"Moh Beraya" merupakan ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Ajim Maze.


 
Jangan lupa untuk saksikan Shiha Zikir dalam Gala Aidilfitri pada jam 5 petang di Facebook dan Youtube Astro AWANI serta Rancak TV.

 


Tag: Moh Beraya, Shiha Zikir, Datuk Jamal Abdillah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu', Aidilfitri, hari raya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.