Mereka yang membesar sekitar tahun 90an tentunya kenal dengan majalah "Ujang."

Namun usia komik yang dikatakan antara yang terkemuka di negara ini tidak panjang apabila kartunis terkenal Ubi hari ini mengesahkan majalah yang menggunakan tagline "Lawak Antarabangsa" itu telah dihentikan penerbitannya.

Ubi, menerusi akaun Facebook-nya memberitahu ia berikutan penutupan syarikat penerbitan majalah tersebut iaitu MOY Publication yang secara rasminya telah menghentikan operasi pada Rabu.

Ujang

Dalam status tersebut, Ubi meluahkan rasa kesal apabila hayat majalah tersebut yang sangat popular satu ketika dahulu itu tidak dapat diteruskan.

Beliau juga turut berkongsi rasa sedih dengan nasib yang menimpa kartunis-kartunis yang mencari rezeki di syarikat berkenaan.

Majalah Ujang mula diterbitkan pada tahun 1993.

Selain Ujang, MOY Publication turut menerbitkan majalah APO.