KUMPULAN rock legenda era 80-an Mr Big tampil menemui peminat dalam siri jelajah dunia di ibu kota pada Sabtu.

Siri jerayawara yang berlangsung semalam adalah bagi mempromosi album terbaharu mereka berjudul “Defying Gravity” yang dilancarkan Julai lalu.

Apa yang menariknya tentang album studio kesembilan mereka ini ialah keseluruhan proses rakaman disiapkan dalam hanya enam hari.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu balada evergreen “To Be With You” dan “Wild World” ini kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia 23 tahun lalu pada 2 November 1994 di Stadium Merdeka.

Siri jerayawara yang berlangsung semalam adalah bagi mempromosi album terbaharu mereka berjudul “Defying Gravity” yang dilancarkan Julai lalu.
Ditubuhkan di Los Angeles pada 1988, Mr Big dianggotai antara pemuzik ternama sehingga mendapat jolokan “supergroup.”

Mr Big terdiri daripada penyanyi Eric Martin, pemain gitar Paul Gilbert, pemain bass Billy Sheehan dan pemain dram Pat Torpey.

Walau bagaimanapun, Pat yang baru-baru ini didiagnos menghidap Parkinson’s terpaksa direhatkan dan tugas pemain dram utama diambil alih oleh Matt Starr.

Biarpun rata-rata mereka kini di usia 50-an dan 60-an, namun persembahan mereka tidak mengecewakan malah berjaya menggegarkan arena dengan sajian muzik yang mantap dan bertenaga dari mula hingga ke akhir.

Lantunan suara Eric nyata masih memukau selain petikan gitar Paul yang tampak bersahaja namun cukup mengujakan para peminat yang memenuhi ruang dewan. -Foto Warner Music Malaysia
Bermula dengan lagu “Daddy, Brother, Lover, Little Boy” hinggalah ke lagu penutup “Defying Gravity”, konsert dua jam ini padat dengan lagu-lagu terhebat mereka sepanjang 30 tahun.

Lantunan suara Eric nyata masih memukau selain petikan gitar Paul yang tampak bersahaja namun cukup mengujakan para peminat yang memenuhi ruang dewan.

Selain itu, kemunculan Pat di atas pentas berjaya mengubat rindu peminat, apatah lagi apabila beliau tampil mengalunkan lagu “Joy to the World” di akhir konsert.

Secara keseluruhannya, konsert Mr Big kali ini cukup menghiburkan. Biarpun sesekali berlaku masalah teknikal, namun ia tidak mengganggu tumpuan peminat tanah air yang telah menunggu sekian lama.

Cuma diharapkan penganjur lebih prihatin dengan penganjuran konsert seumpama ini kerana masalah timbul apabila hadirin di barisan hadapan mula berdiri dan menghalang pandangan penonton di belakang.

Mujur frontman Eric Martin sedikit sebanyak membantu mengawal penonton yang mula membanjiri barisan hadapan dengan meminta mereka duduk dan kembali ke kerusi masing-masing.

Cubaan menonton di skrin besar juga kurang membantu kerana berlaku delay pada audio dan visual.

Namun begitu, rata-rata penonton nampak terhibur dan turut sama menyanyikan lagu kegemaran mereka hingga ke akhir persembahan.

Konsert Mr Big Live in Malaysia 2017 yang berlangsung di Mega Star Arena ini dianjurkan oleh Plan 7 Production dengan kerjasama Sinar FM sebagai Radio Rasmi dan Astro Circle sebagai Rakan Loyalti.