BEYONCE pada Ahad memenangi Video Terbaik untuk lagu "Formation," karya yang membawa mesej politik dan menunjukkan perpaduan dengan pergerakan Black Lives Matter.

"Saya dedikasikan anugerah ini kepada warga New Orleans. Semoga tuhan memberkati anda semua," kata Beyonce kepada bandar yang terletak di selatan Amerika Syarikat budaya hip hop menjadi inspirasi kepada video itu.

Beyonce berjaya memukau penonton dengan persembahan selama 16 minit dan membawa pulang anugerah Video Wanita Terbaik untuk lagu ‘Hold Up’.

Untuk anugerah Video Terbaik, beliau menerima saingan sengit daripada Drake dengan lagu yang pernah menjadi viral ‘Hotline Bling’ yang turut memenangi kategori Video Rap Terbaik dan lagu kontroversi ‘Famous’ oleh Kanye West.

Lagu 'Famous' sebelum ini membangkit semula pergaduhan antara West dan Taylor Swift.

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

Anugerah Video Vanguard Michael Jackson: Rihanna
Lagu Musim Panas Terbaik: Fifth Harmony (ft. Fetty Wap) — “All in My Head (Flex)”
Video Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Video Wanita Terbaik: Beyoncé – “Hold Up”
Video Lelaki Terbaik: Calvin Harris ft. Rihanna – “This Is What You Came For”
Kolaborasi Terbaik: Fifth Harmony ft. Ty Dolla $ign – “Work From Home”
Video Hip Hop Terbaik: Drake – “Hotline Bling”
Video Pop Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Video Rock Terbaik: Twenty One Pilots – “Heathens”
Sinematorgrafi Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Pengarahan Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Video Panjang Terbaik: Beyoncé – Lemonade
Koreografi Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Suntingan Terbaik: Beyoncé – “Formation”
Arahan Seni Terbaik: David Bowie – “Blackstar”
Kesan Visual Terbaik: Coldplay – “Up&Up”
Video Electronic Dance Terbaik: Calvin Harris & Disciples - “This Is What You Came For”