Munafik 2 dominasi carta GSC

Munafik 2 dominasi carta GSC
Syamsul berkongsi kejayaan Munafik 2 yang mendominasi carta Golden Screen Cinemas. -Twitter @SyamsulYusof84
BARU ditayangkan, Munafik 2 berjaya mendominasi carta Golden Screen Cinemas (GSC).

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof menerusi Instagramnya.

Malah, beliau juga turut mengajak peminat mendengar OST Munafik 2 nyanyiannya dan penyanyi Mawi bertajuk "Menangislah" di YouTube.
“Fisabilillah baru sahaja ditayangkan semalam, namun berjaya dominasi carta. Alhamdulillah.

"Jangan lupa dengarkan Ost Munafik 2 nyanyian abg & Mawi bertajuk "Menangislah" di YouTube ok? Di channel YouTube @the8monkeys #Munafik2," tulisnya di Instagram.




Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta dengan kos sebanyak RM1.6 juta.

Selain Syamsul, pelakon lain yang turut membintangi Munafik 2 ialah Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Asmawi Ani, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Weni Penca, Ku Faridah dan Fauzi Nawawi.