Munafik 2: Sambutan hebat hingga ke Indonesia

Munafik 2: Sambutan hebat hingga ke Indonesia
Trailer Munafik 2
KEHANGATAN filem seram ditunggu rama pada tahun ini, Munafik 2, bermula apabila trailer rasminya telah meraih lebih 2 juta jumlah tontonan (sehingga artikel ini ditulis) di Facebook dan YouTube dalam tempoh kurang 24 jam dilancarkan pada Isnin.

Filem arahan Syamsul Yusoff yang bakal menemui penonton seluruh negara pada 30 Ogos ini ternyata mendapat maklum balas yang begitu positif daripada peminat filem seram bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara jiran, Indonesia.
Syamsul yang juga merupakan pelakon utama filem ini meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas sokongan yang diberikan terhadap buah tangan terbaharunya itu.

“Sambutan diterima bukan saja di YouTube yang berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan tetapi turut boleh ditonton di Facebook yang kini sudah mencecah 2 juta tontonan.


YouTube Movie Addict Malaysia