PELAKON Eyra Hazali mengakui ada pihak yang kurang senang apabila dia memegang watak sebagai heroin dalam drama bersiri Mr Grey.

Eyra atau nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, berkata dia tidak mahu memikirkan kecaman yang diberikan, sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak melayan komen negatif daripada peminat.

"Saya bersyukur kerana sekarang ini masih belum menerima apa-apa ugutan ataupun kecaman yang keterlaluan daripada peminat.

BACA: "Apa yang jadi pada Mr Grey buat saya lebih berhati-hati" - Eyra Hazali

BACA: Mr Grey semakin pulih

"Mungkin daripada 500 komen cuma ada sebilangan sahaja yang mengecam saya di media sosial.

"Memandangkan usia saya baru 19 tahun jadi perkara itu membuatkan mereka kurang senang apabila saya diberikan peluang jadi herion dalam drama.

"Bagi saya perkara itu adalah biasa kerana tidak semua orang sukakan kita dan saya tidak anggap ia adalah masalah yang besar," katanya kepada Astro Gempak.

Eyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Azura Couture Raya 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Drama bersiri Mr Grey lakonan Fendy Bakry bersama Eyra Hazali kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram