LIGHT it up like dynamite!

Kumpulan K-Pop terkemuka BTS sekali lagi mencipta sejarah!

Video muzik terbaharu septet tersebut yang berjudul “Dynamite” memecah rekod YouTube apabila meraih 10 juta tontonan hanya dalam masa 21 minit.

“Dynamite” yang menjadi antara lagu yang paling dinanti-nantikan para peminat K-Pop khususnya ARMY (nama fandom BTS) itu dikeluarkan pada jam 12 tengah hari Jumaat.



Tepat jam 12.21, video muzik tersebut telah mengutip 10 juta tontonan di laman YouTube.

“Dynamite” merupakan lagu single bahasa Inggeris pertama bintang-bintang K-Pop tersebut.

Sebelum ini, BTS juga memegang rekod video muzik kumpulan Korea terpantas mencapai 10 juta tontonan, dengan “ON” yang meraih jumlah tontonan tersebut dalam 65 minit.

BACA: Video muzik BTS "ON": Ini 7 perkara mungkin anda tidak tahu

Sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan gandingan ARMY dan kumpulan sensasi Korea Selatan itu sehingga mampu memecah rekod tersebut dalam jangka masa yang begitu pendek.

Tahniah diucapkan kepada BTS dan ARMY!