'Nak berumah tangga bukan macam main PUBG tau' - Bella Astillah tegur netizen ajak kahwin

'Nak berumah tangga bukan macam main PUBG tau' - Bella Astillah tegur netizen ajak kahwin
Bella Astillah mendedahkan menerima luahan hati seorang individu yang menyimpan hasrat ingin berkahwin dengannya.
BEKAS isteri penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan menerima luahan hati seorang individu yang menyimpan hasrat ingin berkahwin dengannya.

Bella menerusi Instagram Stories memuat naik satu 'screenshot' kiriman mesej yang diterimanya.

"Kalau diberi peluang dan ruang, saya nak sangat berumah tangga dengan kak walaupun saya tahu bagai langit dengan bumi.
"Mana tahu kan jodoh Allah," tulis netizen tersebut.

Dalam entri berkenaan, Bella menegur netizen tersebut bahawasanya mendirikan rumah tangga bukan seperti satu permainan.

"Adik, nak berumah tangga bukan macam main pubg atau main masak-masak tau," tulisnya.




Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Alif pada 21 Mac lalu selepas bekas suaminya itu beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.