awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper

Agensi
Agensi
02/03/2019
08:29 MYT
'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper
Keserasian Gaga dan Cooper undang spekulasi tentang hubungan mereka. - @abc
GOSIP yang mengaitkan dirinya dengan Bradley Cooper disifatkan sebagai sangat merepek oleh Lady Gaga.
Namun Gaga mengakui kagum dengan analisis yang dibuat netizen berhubung spekulasi hubungan mereka.
"Media sosial kini menjadi rujukan orang ramai walaupun hakikatnya ia mengandungi lebih banyak 'sampah sarap'.
"Tentulah orang nampak kami seperti dilamun cinta. Filem itu sebuah filem cinta dan lagu yang disampaikan juga lagu cinta," kata Gaga dalam satu temu bual dalam rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live! pada Jumaat.
Keserasian ketara yang dipaparkan Gaga dan Cooper dalam filem "A Star Is Born" yang kemudiannya berlanjutan di pentas Anugerah Akademi ketika kedua-dua mereka menyampaikan lagu yang dipetik daripada filem berkenaan, "Shallow" menjadi buah mulut peminat.
Malah ada yang berpendapat pertunangan Gaga dan Christian Carino yang putus baru-baru ini adalah kerana hubungan rapatnya dengan Cooper.
"Dari aspek persembahan, penting untuk kami play the part. Jika anda percaya kami dilamun cinta, maksudnya lakonan kami berjaya," ujar Gaga.
Topic Berkaitan
#A Star Is Born
#Anugerah Akademi
#Bradley Cooper
#Christian Carino
#filem
#Jimmy Kimmel Live
#Lady Gaga
#Shallow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan