Tutup

'Naraka' hasil seni terbaru Pitahati

'Naraka' hasil seni terbaru Pitahati
'Naraka' merupakan singel terbaru Pitahati dan dicipta oleh mereka sendiri. Facebook Pitahati
KUALA LUMPUR: Selepas Bintang Biru Kristal Salju, Burung Dalam Kaca, Olivia, Melayar dan banyak lagi, lima anak muda yang menggelarkan kumpulan mereka Pitahati kini tampil dengan karya baru berjudul Naraka.

Naraka yang sarat dengan kritikan sosial merupakan single terbaru ciptaan Pitahati sendiri dan bakal menemui peminat-peminat mereka dalam masa terdekat.
Pitahati yang terdiri daripada Ilham, Yassin, Zahar, Masrin dan Hidayat sebelum ini pernah menerbitkan dua buah album studio berjudul Fonetik Anak Candal (2012), Selamat Datang Ke Panggung Suara (2015) dan sebuah album mini Bintang Biru Kristal Salju pada 2011.

Teaser muzik video lagu Naraka boleh ditonton di YouTube atau laman sosial rasmi Pitahati.