NATALIE Portman telah menolak menerima anugerah dari satu acara Anjuran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang melibatkan negara berkenaan.

Lapor Washington Post, kejadian itu telah memberi kesan kepadanya sehingga dia menolak anugerah Nobel dari Israel dan wang tunai AS$2 juta.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Portman memberitahu Yayasan The Genesis Prize bahawa Portman sangat terkesan dengan insiden-insiden yang berlaku di Israel kebelakangan ini dan dia merasakan tidak selesa untuk menyertai sebarang majlis-majlis umum di negara itu.

Portman dilahirkan di Israel tetapi berpindah ke Amerika Syarikat ketika kecil.

Bagaimanapun, pelakon "Star Wars" ini juga masih mempunyai hubungan kuat dengan Israel dan pernah membintangi filem "A Tale Of Love And Darkness" pada tahun 2015 yang diterbitkan oleh negara berkenaan.