PENGACARA dan pelakon popular Neelofa mengakui, sukar untuk dia berdiam diri daripada berkongsi masalah di platform media sosial.
Namun begitu, Neelofa berkata, secara peribadi, dia perlu mendidik dirinya untuk senyap serta tidak meneruskan tabiat sedemikian.
"Sebenarnya perkara itu sudah lama saya perhati. Saya sendiri sebenarnya susah untuk berdiam diri terutamanya di Instagram (IG) apabila sesuatu perkara terjadi.
"Secara normalnya kita ingin menyuarakan apa yang kita rasa, perasaan marah ataupun sedih. Namun, kita perlu mendidik diri untuk senyap dan tidak melakukan sebarang tindakan di IG.
"Sangat senang untuk sesiapa sahaja menyuarakan perasaan itu namun agak susah untuk terus kekal mendiamkan diri," katanya kepada Gempak.
Neelofa yang ditemui sejurus usai malam Eksklusif Meletop di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa berkata, adalah tidak adil untuk dia bersuara atau masuk campur bagi pihak lain berhubung isu yang sama.
"Saya rasa tidak adil untuk saya bersuara atau pun masuk campur jika soalan itu ditujukan kepada orang di sekeliling saya.
"Ini merupakan satu pesanan kepada sesiapa saja kerana semua orang akan mengalami masalah yang sama.
"Sosial media akan memburukkan lagi keadaan masalah itu. Apabila dikongsi ke media sosial, terus besar jadinya," ulasnya lagi.
Sementara itu, untuk Anugerah Meletop Era, hos dan Meletop itu dicalonkan dalam dua kategori iaitu, Hos Meletop dan Fesyen Meletop.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.
AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Gempak
Wed Feb 13 2019
NEELOFA berharap dapat mendidik dirinya untuk berhenti berkongsi apa sahaja masalah di media sosial.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.