Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Ni puas kepit dik.. sudahnya ....." - Ini jadinya bila Noorkhiriah jadi pembaca berita!

"Ni puas kepit dik.. sudahnya ....." - Ini jadinya bila Noorkhiriah jadi pembaca berita!
Noorkhiriah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro AWANI kerana mengundangnya untuk menyampaikan berita untuk saluran kegemaran ramai itu. - Foto Instagram
PELAKON Noorkhiriah mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk mencuba nasib sebagai pembaca berita.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi sepotong video semasa menjalankan tugas sebagai pembaca berita dalam slot Komuniti AWANI.

Noorkhiriah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro AWANI kerana mengundangnya untuk menyampaikan berita untuk saluran kegemaran ramai itu.

"Korang jangan gelak tengok kakak baca berita #komunitiawani @501awani. Tak penah buat weii.
"Feeling sangat rasanya selama 3 hari kakak menyampaikan. Rumusan dari kakak job ni best. Nak lagi please. Alhamdulillah.

"Dia boleh main BYE sebab tu kakak tak boleh wat benda formal memang kelaut dalam peginya. Ni puas kepit dik.. Sudahnya BYE terkeluor," tulisnya.
 


Tag: Astro Awani, Instagram, Noorkhiriah, video, baca berita, Komuniti AWANI, pembaca berita, pelakon



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.