Astro bakal menyajikan dua saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (Saluran 112) dan Astro Aura HD (Saluran 113) menerusi pakej Indo pek.

Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, pelanggan Astro boleh menikmati saluran ini secara percuma bermula Sabtu (23 Mei) sehingga 30 Jun 2020.

Dengan adanya dua saluran baharu ini, dua buah saluran asal dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan ditamatkan perkhidmatan siarannnya pada 1 Jun2020.

Untuk pilihan yang fleksibel, anda boleh menontonnya dua saluran ini secara digital hanya strim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.

Buat julung kalinya, program-program hits dari Indonesia ditawarkan dalam format definisi tinggi secara eksklusif untuk memberi kepuasan pengalaman menonton yang lebih maksima kepada pelanggan.

Anda juga boleh menikmati variasi kandungan hebat seperti drama sinetron popular, filem televisyen (FTV) dan telefilem, program realiti hiburan, travelogue atau kembara, dokumentari serta banyak lagi di Saluran Astro Rania HD (112).

Bagi saluran Astro Aura HD (113) pula anda akan disajikan dengan variasi kandungan hiburan popular yang memfokuskan kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya.

Pelanggan boleh terus menikmati program-program yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pra-tonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.

Untuk semua pelanggan Pakej Astro (tidak termasuk Pakej Family Pack), caj yuran langganan untuk Pakej Indo Pek masih dikekalkan dengan harga serendah RM12 sebulan manakala istimewa buat pelanggan Pakej Value Pack, hanya caj RM8 akan dikenakan.

Untuk melanggan pakej ini, anda boleh terus ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my

Pakej Indo Pek mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan masih menerima sambutan positif daripada kalangan peminatnya yang tersendiri sehingga kini.