Dapat meluangkan masa bersama keluarga merupakan saat yang paling bermakna buat sesiapapun lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa.
Sudah tentu perkara ini sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang bekerja.
Bagi penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 23, beliau mengakui teruja untuk menyambut bulan puasa pada tahun ini meskipun ia disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya sangat teruja meskipun sambut semasa PKP berkuat kuasa, kerana pada tahun ini saya dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.
"Jika puasa pada tahun-tahun sebelumnya, saya banyak menghabiskan masa dengan menghadiri majlis dan juga persembahan tapi tahun ini dapat bersama mereka saya sangat bersyukur," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Pada masa sama, beliau juga mengakui sedih kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak yatim seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun demi kebaikan semua, beliau akur untuk tetap melakukan semua kerja di rumah.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah ini juga hadir dengan rancangan masakan di platform digital Astro Gempak, Iftar ala King musim kedua sempena bulan Ramadan.
Jika dahulu Naim merakamkan setiap episod bersama dengan krew produksi tetapi kali ini Naim harus menjalankan penggambaran bagi program masakannya itu di rumahnya sendiri.
"Perubahan ketara, sebab kali ini saya dan kakak saya harus melakukannya sendiri dan pastikan semuanya sempurna, dan apa yang lebih menarik untuk musim kali ini saya bawakan banyak menu baharu untuk semua penonton cuba pada bulan Ramadan," katanya.
Lebih mencabar, Naim perlu segera mempelajari kaedah asas penggambaran, termasuk skil menentukan sudut kamera, pencahayaan, input audio dan juga kelancaran skrip.
Mula belajar masak bersama ibunya, pemilik nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin itu mengakui dia juga pernah melalui pengalaman yang layak menyertai khalayak "Masak apa tak jadi hari ini".
Nak tahu apa juadah yang Naim Daniel masak sehingga tidak jadi itu? Sila tonton perbualan penuh berikut:
Asyraf Roslan
Tue Apr 28 2020
Mula belajar masak bersama ibunya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, mengakui dia juga pernah melalui pengalaman "Masak apa tak jadi hari ini".
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganalisis terkilan cara Harimau Muda tewas di tangan Uzbekistan
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
Normal Baharu: Naim Daniel teruskan rakaman program masakan tanpa krew
Dapat meluangkan masa bersama keluarga merupakan saat yang paling bermakna buat sesiapa pun lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa.