awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nyanyi dengan mikrofon terbalik, gelagat Khai Bahar dan Nabil geletek hati penonton

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/01/2018
04:08 MYT
Nyanyi dengan mikrofon terbalik, gelagat Khai Bahar dan Nabil geletek hati penonton
Gelagat Nabil menjadi perbualan apabila berjaya menggeletek hati penonton ketika cuba 'menyelamatkan' penyanyi Khai Bahar.
PROGRAM Meletop yang dihoskan Nabil Ahmad dan Neelofa merupakan antara program popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Selain artis-artis jemputan, gelagat hosnya terutama Nabil, merupakan tarikan utama bagi penonton.
Dalam episod terbaharu yang bersiaran semalam, sekali lagi gelagat Nabil menjadi perbualan apabila berjaya menggeletek hati penonton ketika cuba 'menyelamatkan' penyanyi Khai Bahar.
Khai yang dilihat leka melambai-lambai ke arah para peminatnya, tanpa sedar memegang mikrofon secara terbalik, sebelum memulakan nyanyian.
Sebaik tersedar, dia hanya mampu ketawa namun aksi spontan Nabil yang datang memeluknya mengundang gelak ketawa penonton, sekaligus menyelamatkan keadaan.
Video yang dimuat naik ke akaun YouTube Meletop itu menerima pelbagai reaksi penonton, dan rata-ratanya memuji cara Nabil mengendalikan situasi sewaktu siaran langsung.
Netizen juga meminta Khai Bahar agar tidak terlalu memikirkan kesilapan itu kerana pelbagai perkara luar jangkaan boleh berlaku dalam satu siaran langsung.
Melalui Instagram Story, Khai Bahar sempat memuat naik video untuk meminta maaf atas kekhilafan itu, sebaik selesai program tersebut.
Topic Berkaitan
#Khai Bahar
#Meletop
#Nabil Ahmad
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan