BUKAN hanya memandang rendah golongan pelakon, sebaliknya, pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida juga dianggap sebagai biadab kerana meminta bakat baharu jangan buang masa menghadiri uji bakat jika tidak memenuhi kriteria berwajah cantik dan kacak.
Mengecam kenyataan A. Aida itu, seniwati tersohor negara, Fauziah Ahmad Daud berkata, tidak pernah ada garis panduan yang jelas mengatakan untuk menjadi pelakon seseorang itu harus berwajah cantik atau kacak.
Menurut Fauziah atau lebih mesra dikenali sebagai Ogy, tidak ada di dalam buku persiapan menjadi seorang aktor oleh legenda seni lakon Konstantin Stanislavski, yang mengatakan bahawa rupa memainkan peranan penting dalam lakonan seseorang.
"Tidakkah kenyataan dia itu seolah-olah mengatakan bahawa ada ciptaan Tuhan yang buruk?" soal Ogy
Dalam temu bual dengan Astro AWANI, Ogy meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan A Aida yang disifatkannya sangat biadab.
Ogy juga mengingatkan penerbit drama dan filem agar berhenti menyalahkan penonton yang hanya mahu melihat pelakon yang cantik dan tampan serta sasa di televisyen mahupun di layar perak.
A. Aida dalam kenyataannya kepada akhbar Harian Metro menegur peserta yang terlalu yakin dan berasakan sangat berkelayakan sebagai duta untuk sebuah progam pencarian bakat agar melihat rupa sendiri di cermin terlebih dulu.
Bagi pelakon terkenal, Que Haidar pula, kenyataan A. Aida itu tidak boleh diterima kerana dalam dunia moden hari ini, paras rupa juga boleh 'digilap' seperti mana bakat lakonan seseorang.
"Mungkin beliau lupa rupa paras pun boleh 'digilap' untuk zaman sekarang ini dan akan ditelan usia dan setiap hari ada muka baharu yang akan muncul... tetapi bakat serta ilmu yang akan terus kekal walau sudah ditelan usia," kata Que dalam entri yang dimuat naik dalam Instagram peribadinya.
Que turut menyatakan rasa hairannya bagaimana pada tahun 2019 masih ada lagi orang dalam industri masih berfikiran sedemikian.
Bagi pelakon dan pengarah Melissa Saila, dia hanya ketawa melihat kenyataan A Aida yang baginya tidak masuk akal.
"Apakah ini bermakna Merly Streep, Steve Buschemi juga jatuh dalam kategori (tiada) 'pakej'? Apakah yang dimaksudkan dengan 'pakej'?" tegas Melissa mempersoalkan pemahaman pakej yang ditimbulkan oleh A. Aida.
Astro Awani
Mon Mar 11 2019
SEBAGAI pelakon senior, Ogy kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab A. Aida.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Jangan ambil jalan mudah bawa lari anak dara orang' - A.Aida tekankan adab ketika bercinta
A.Aida menegaskan secara umum, individu baharu yang muncul dalam keluarganya perlu memenangi hatinya terlebih dahulu.
Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.
Keputusan rayuan Amelia Henderson langgar kontrak, Jumaat ini
Mahkamah menetapkan keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson pada Jumaat ini selepas diperintahkan membayar ganti rugi berhubung isu pelanggaran kontrak.
Amelia Henderson menangis dilabel degil dan sombong
Pelakon Amelia Henderson terkesan apabila dilabel keras kepala dan sombong rentetan tetap memperjuangkan isu pelanggaran kontrak.
Amelia Henderson berjaya tangguh permohonan maaf, ganti rugi RM200,000
Mahkamah guna budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A. Aida susulan rayuan kes itu.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
'Sebarang rayuan tak akan dilayan' - A. Aida serik bekerjasama dengan Amelia Henderson
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memberitahu beliau memaafkan Amelia, namun berkata dia tidak pernah berdepan insiden seperti itu sepanjang bergelar penerbit.
'Saya pelik kerana transaksi dibuat waktu subuh...' - A. Aida
Moga siasatan dapat dilakukan segera...
Duit A. Aida RM200,000 dikebas individu yang dikenalinya
Wah banyak tu!
Romantisnya... Hafiz dan Nureffy dalam Kisah Cinta Kita
Muzik video Kisah Cinta Kita menampilkan dua insan istimewa dalam diri juara Akademi Fantasia 7 ini.