Dengan objektif mahu mengembalikan semangat kemerdekaan dan keharmoniaan di Malaysia, Enfiniti Malaysia Sdn Bhd sekali lagi mementaskan OlaBola Musical, kali ini menjelajah ke empat lokasi di seluruh negara.
OlaBola Merdeka Tour diharapkan dapat mengingatkan masyarakat tentang penyatuan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu, serta bagaimana mahu kembali bangkit selepas gagal.
"Semangat Hari Merdeka dan Hari Malaysia itulah yang kami mahu bawa dalam siri jelajah ini supaya dapat kita raikannya dengan lebih meriah. Saya rindu nak rasa sambutan seperti dahulu, merdeka dirai penuh semangat. Pergilah ke mana pun, kita boleh rasa semangat dan bahang kemerdekaan.
"Tetapi sekarang, adakalanya rasa macam cuti umum biasa saja. Saya harap masyarakat kita tidak lupa apa yang membuat kita hebat sebagai sebuah negara dan mengapa kita perlu bersyukur dilahirkan di negara ini," kata pengarah OlaBola Merdeka Tour, Puan Sri Tiara Jacquelina.
Bagi pelakon, pembabitan dalam OlaBola Musical Tour merupakan satu sumbangan kecil ke arah perpaduan, apatah lagi ketika negara dilanda beberapa isu yang dilihat seakan-akan dijadikan polemik untuk menggugat keharmonian antara kaum.
"Ini merupakan satu platform untuk kita sebagai pelakon, kerana platform kita tidaklah terlalu besar untuk pengaruh orang ramai, iaitu melalui naskah-naskah yang kita hasilkan seperti OlaBola dan drama-drama lain di televisyen.
"Saya harap mereka yang menonton dapat pengajaran. Tak kisah apa saja pengalaman yang dilalui, kita perlu berfikir lebih rasional sebab tak lama lagi sudah nak masuk tahun 2020, jadi perkara yang mengganggu hubungan antara kaum kita lupakan dan fokus kepada keharmonian," ujar pelakon Luqman Hafidz yang membawa watak Ali.
"OlaBola bukan sekadar filem atau teater tetapi ia sangat bermakna kepada saya kerana akhirnya saya dapat sumbangkan sesuatu kepada negara.
"Sejak kecil saya impi nak buat sesuatu untuk negara, dan OlaBola jadikan impian saya itu satu kenyataan dengan memberi mesej perpaduan kepada penonton," kata pelakon yang membawa watak Ong Tiam Chai, Lim Jian Wen.
Mereka ditemui pada sidang media pengumuman OlaBola Merdeka Tour di ibu negara, minggu lalu.
Turut dilangsungkan adalah pelancaran single dan video muzik 'I Cover You', nyanyian Altimet, yang merupakan lagu tema untuk siri jelajah itu.
OlaBola Merdeka Tour, arahan Puan Sri Tiara Jacquelina, bakal singgah ke empat lokasi iaitu Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan.
Pas-pas masuk percuma boleh didapati di semua lokasi persembahan, dan peminat bolehlah melayari laman web www.olabolamusical.com untuk mendapatkan maklumat lokasi persembahan.
Madiha Abdullah
Tue Aug 20 2019
Tiara selaku pengarah dan penerbit OlaBola Merdeka Tour bersama barisan penaja. - Astro AWANI
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem arahan Greta Gerwig itu dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion.
Fahmi minta Finas teliti prestasi filem dihasilkan dengan inisiatif DKD
Fahmi akan berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah Finas minggu depan mengenai perkara itu.