awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM belum putuskan lanjutan tempoh reman bekas PTD - Azam Baki
WhatsApp bangunkan ciri ‘Cover Photo’ seakan Facebook untuk iOS
Pekerja buruh ditahan rakam video anak tiri dalam bilik air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OlaBola Musical: Jangan tunggu nak datang saat akhir - Tiara Jacquelina

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/02/2019
16:28 MYT
OlaBola Musical: Jangan tunggu nak datang saat akhir - Tiara Jacquelina
Tiara bersama barisan pelakon dan kru OlaBola Musical selepas persembahan Avant Premiere, pada Ahad. - Astro AWANI
Pengarah teater OlaBola Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina, meminta peminat tidak menunggu ke saat akhir untuk menonton pementasan itu.
Ini kerana menurut Tiara, trend pembelian tiket musim kedua ini dilihat menyamai tahun lalu, ketika teater itu dipentaskan buat kali pertama selama lebih sebulan.
"Ramai yang menunggu dan memilih untuk hadir di hujung-hujung pementasan, sedangkan di awal inilah mereka perlu datang kerana semuanya masih fresh dan mereka akan jadi antara yang pertama menyaksikan kelainan yang ditampilkan.
"Apabila semua menunggu nak datang di hujung-hujung, tiket habis dan ramai mengeluh kerana tidak berpeluang untuk menonton, sedangkan pementasan berlangsung lebih sebulan," kata Tiara.
Tahun lalu, pementasan OlaBola Musical merekod kira-kira 30,000 penonton sepanjang dipentaskan, malah satu sesi persembahan ditambah pada akhir pementasannya atas permintaan peminat.
Tiara yang ditemui pada Malam Avant Premiere OlaBola Musical di Istana Budaya pada Ahad, menyifatkan penambahbaikan babak perlawanan bola sepak sebagai antara cabaran terbesar kali ini.
"Saya cabar pereka tari, Azwa, untuk membawa sesuatu yang berbeza dalam babak perlawanan bola sepak kali ini. Saya mahu penonton nampak betapa bagusnya pelakon-pelakon kita bermain bola sepak, terutama sekali Luqman Hafidz yang melakonkan watak Ali.
"Kerana itu saya tekankan, kita perlu lakukan sesuatu untuk tonjolkan dia bukan sahaja sebagai pelakon tetapi kualiti dia sebagai pemain bola sepak juga," tambah Tiara.
OlaBola Musical dibintangi Brian Chan, Iedil Putra, Luqman Hafidz, Abimanyu Masilamani dan ramai lagi, sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 3 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#OlaBola Musical
#pementasan
#teater
#teater muzikal
#Tiara Jacquelina
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan