Tutup

'OMG cantik gila! Macam anak patung' - Netizen puji penampilan Fasha Sandha di majlis resepsi

'OMG cantik gila! Macam anak patung' - Netizen puji penampilan Fasha Sandha di majlis resepsi
Foto penampilan Fasha Sandha pada majlis resepsi semalam meraih pujian netizen. -Instagram
BEBERAPA foto penampilan pelakon Fasha Sandha pada majlis resepsi di sebelah keluarga suami, aktor Aidil Aziz yang berlangsung semalam tular di media sosial.

Dalam foto yang tular itu, Fasha mengenakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta solekan daripada jurumekap tersohor, Alha Alfa.

Rata-rata netizen tidak henti memuji kecantikan Fasha menggayakan kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada adaptasi dari busana tradisional Negeri Sembilan.

Fasha turut diserikan dengan aksesori gandik dan cucuk sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya.


Difahamkan, majlis resepsi pasangan tersebut diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

Fasha dan Aidil selamat diijabkabulkan pada 30 Mac 2019 yang lalu di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. 

Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fasha Sandha in #bridesbyrr by #rizmanruzaini @fashasandha

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gorgeous Bride and Handsome groom @fashasandha and @itsaidilaziz wearing #bridesbyrr by #rizmanruzaini

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adat melayu tidak dilupakan. . . . #aidilfasha #csthowweroll #sonymalaysia #a7riii #70200gm

A post shared by CST PRODUCTION (@cstproduction) on