ACARA Oscars atau Anugerah Akademi merupakan majlis anugerah yang disifatkan sangat penting dalam kalendar industri perfileman Hollywood sejak hampir 100 tahun lalu.

Oscars yang secara tradisi diadakan pada bulan Februari setiap tahun bukan sekadar acara yang menghimpunkan seluruh karyawan filem Amerika Syarikat (AS).

Bahkan, jauh lebih utama, Oscars akan memberi pengiktirafan kepada naskhah-naskhah serta individu-individu yang bekerja di sebalik tabir industri perfileman.

Bagi edisi 2020, Oscars akan sekali lagi menjadi tumpuan dunia selepas acara Anugerah Grammy yang diadakan baru-baru ini.

Oscars kali ke-92 itu sekali lagi akan mengumpulkan barisan-barisan filem terbaik bagi mengiktiraf pencapaian terbaik untuk karyawan filem Hollywood dalam industri perfileman sepanjang tahun 2019.

Berdasarkan pencalonan yang diumumkan pada 13 Januari lalu, sebanyak 24 kategori dipertandingkan pada Oscars kali ini.

Dan untuk acara tahun ini, tumpuan seluruh pencinta filem dunia tentu sekali akan terarah pada filem Joker arahan Todd Philips.

Masakan tidak, Joker meraih 11 pencalonan bagi Oscars 2020 termasuk kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik dan lain-lain.

Daripada 24 kategori yang dipertandingkan, Astro AWANI senaraikan 10 kategori utama Oscars yang dipetik dari laman web rasmi acara anugerah itu.

1. Filem Terbaik

* Ford v Ferrari
* The Irishman
* Jojo Rabbit
* Joker
* Little Women
* Marriage Story
* 1917
* Once Upon a Time in Hollywood
* Parasite

2. Pelakon Lelaki Terbaik

* Antonio Banderas (Pain and Glory)
* Leonardo DiCaprio (Once Upon a Time in Hollywood)
* Adam Driver (Marriage Story)
* Joaquin Phoenix (Joker)
* Jonathan Pryce (The Two Popes)

3. Pelakon Wanita Terbaik

* Cynthia Erivo (Harriet)
* Scarlett Johansson (Marriage Story)
* Saoirse Ronan (Little Women)
* Charlize Theron (Bombshell)
* Renee Zellweger (Judy)

4. Pelakon Pembantu Terbaik

* Tom Hanks (A Beautiful Day in the Neighborhood)
* Anthony Hopkins (The Two Popes)
* Al Pacino (The Irishman)
* Joe Pesci (The Irishman)
* Brad Pitt (Once Upon a Time in Hollywood)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

* Kathy Bates (Richard Jewell)
* Laura Dern (Marriage Story)
* Scarlett Johansson (Jojo Rabbit)
* Florence Pugh (Little Women)
* Margot Robbie (Bombshell)

6. Pengarah Terbaik

* Martin Scorsese (The Irishman)
* Todd Phillips (Joker)
* Sam Mendes (1917)
* Quentin Tarantino (Once Upon a Time in Hollywood)
* Bong Joon Ho (Parasite)

7. Filem Animasi Terbaik

* How to Train Your Dragon: The Hidden World (Dean DeBlois)
* I Lost My Body (Jeremy Clapin)
* Klaus (Sergio Pablos)
* Missing Link (Chris Butler)
* Toy Story 4 (Josh Cooley)

8. Lakon Layar Terbaik

* Knives Out (Rian Johnson)
* Marriage Story (Noah Baumbach)
* 1917 (Sam Mendes & Krysty Wilson-Cairns)
* Once Upon a Time in Hollywood (Quentin Tarantino)
* Parasite (Bong Joon-ho, Jin Won Han)

9. Sinematografi Terbaik

* The Irishman (Rodrigo Prieto)
* Joker (Lawrence Sher)
* The Lighthouse (Jarin Blaschke)
* 1917 (Roger Deakins)
* Once Upon a Time in Hollywood (Robert Richardson)

10. Filem Antarabangsa Terbaik

* Corpus Christi (Jan Komasa)
* Honeyland (Tamara Kotevska, Ljubo Stefanov)
* Les Miserables (Ladj Ly)
* Pain and Glory (Pedro Almodovar)
* Parasite (Bong Joon Ho)


* Malam kemuncak Oscars 2020 boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi pada 10 Februari 2020.

* Sementara tayangan karpet merah yang dibawakan secara langsung dari Los Angeles, Amerika Syarikat pula akan bermula pukul 7.30 pagi juga di saluran Hello dan Astro Ria.