Malam Anugerah Industri Muzik ke-19 bagai milik Shila Amzah.

Dia membawa pulang dua trofi: Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik melalui hasil ciptaannya Patah Seribu.

Shila Amzah juga bertindak sebagai composer dan penulis lirik untuk lagi berkenaan.

Gadis berusia 22 tahun itu menewaskan lagu Kuasa Cinta (Lagu pop etnik terbaik), Doa (Lagu nasyid terbaik), Idola (Lagu rock terbaik), Aku Maafkan Kamu (Lagu hip hop terbaik) and Counting Days (Lagu bahasa Ingerris terbaik).

“Saya tidak pernah memenangi apa-apa dalam negara sendiri,” kata Shila Amzah ketika menerima trofi Lagu Terbaik.

“Saya ingin berterima kasih kepada AIM, keluarga, peminat dan juga cinta hati saya Sharnaaz Ahmad yang sentiasa menyokong saya selama ini.”

Untuk kategori Lagu Pop Terbaik, pencabar terdekat beliau adalah Jaclyn Victor yang mempunyai dua pencalonan menerusi lagu Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri. Turut tersenarai adalah lagu Harapan (Hyper Act) dan Terukir di Bintang (Yuna).

Beliau merupakan anak kepada penyanyi veteran ND Lala dan merakamkan album pertamanya Terima Kasih Cikgu pada umur 10 tahun.

Shila Amzah pernah bertanding di dalam program Astro Ria Mania tetapi beliau tersingkir di peringkat separuh akhir Mei lalu.

Shila Amzah memenangi Asian Wave pada September 2012 dan dijangka bakal tembusi pasaran hiburan Cina tidak lama lagi.

Shila Amzah mendapat tempat kedua pada pertandingan One in a Million pada tahun 2008.