awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha tenat di hospital - Laporan

Gempak
Gempak
15/01/2016
10:12 MYT
Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha tenat di hospital - Laporan
Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.
ANAK pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha mengesahkan ayahnya sedang dirawat di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung dan dilaporkan tenat. Menurut anaknya, yang dikenali sebagai Syamira, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya kritikal, lapor BH Online. Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital. Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu. Netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung. “Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. “Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya,” katanya dalam status itu. Ketika zaman kegemilangannya, Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.
Topic Berkaitan
#ali setan
#Azmil Mustapha
#mekanik
#suara kekasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan