announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelakon Hollywood meninggal dunia akibat COVID-19

Pelakon Hollywood meninggal dunia akibat COVID-19
Mark Blum pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", "Crocodile Dundee" dan terbaharu siri TV "YOU". -Tweet247
SEORANG pelakon filem Hollywood dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi jangkitan koronavirus.

Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV "YOU", meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus itu minggu lepas.

Isterinya Janet Zarish berkata mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti.

Blum, bagaimanapun dilapor menghidap asma.

Syarikat pengendali teater New York, Playwrights Horizons mengumumkan kematian aktor itu pada Khamis di akaun Twitter.


“Dengan berat hati dan rasa kasih, Playwrights Horizons mengucapkan takziah kepada Mark Blum, rakan lama dan artis hebat yang pergi meninggalkan kita minggu ini.

“Terima kasih, Mark, di atas sumbangan anda kepada teater ini, dan teater juga penonton lain di seluruh dunia. Kami merindui mu.”

Blum dilahirkan pada 14 Mei 1950. Antara filem yang pernah dibintanginya termasuk "Blind Date", "Eighties" dan "Lovesick".

Penglibatan terbaharu Blum adalah dalam siri psikothriller televisyen "YOU" di mana mendiang memegang watak sebagai pemilik kedai buku bernama Mooney.

Siri TV lain yang dibintanginya termasuk "Roseanne", "New York Undercover", "CPW", "The West Wing", "NYPD Blue", and "Frasier".