awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 'Isteri Tuan Ihsan' Ruzana Ibrahim selamat bergelar isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2018
04:48 MYT
Pelakon 'Isteri Tuan Ihsan' Ruzana Ibrahim selamat bergelar isteri
Ruzana yang anggun dalam persalinan putih menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sebentuk cincin daripada pengantin lelaki. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan. - Foto Sinar Harian
PELAKON Ruzana Ibrahim, 34, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, M. Fadhil Zakaria, 36, dengan hanya sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Garden Rooftop, Sunway Nexis, Kota Damansara dengan disaksikan keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Ruzana yang anggun dalam persalinan putih menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sebentuk cincin daripada pengantin lelaki. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.
Dikenali sebagai seorang yang low profile, pelakon Isteri Tuan Ihsan ini memilih untuk diraikan dalam majlis yang cukup sederhana namun bermakna buatnya dan pasangan.
Resepsi pasangan yang bertemakan perkahwinan dalam taman ini berlangsung sejurus selepas selesai majlis ijab kabul di lokasi yang sama.
Ruzana dan suami yang merupakan seorang ahli perniagaan dan terlibat dalam bidang minyak gas ini telah saling mengenali selama lebih empat tahun sebelum sepakat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Antara rakan artis yang turut hadir meraikan pasangan ini ialah Nadia Aqilah, Ira Mohd Amin, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani, Safia Hanifah, Pat Ibrahim, Sazzy Falak, Fitry Hiswady dan lain-lain.
Topic Berkaitan
#bergelar isteri
#Garden Rooftop
#Isteri Tuan Ihsan
#M Fadhil Zakaria
#perkahwinan
#Ruzana Ibrahim
#Sunway Nexis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan