awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2020
06:45 MYT
Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya
Isteri John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara. - Gambar REUTERS
Isteri kepada pelakon Hollywood John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara.
Kematian Kelly Preston, 57, itu disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya.
Kata pelakon Saturday Night Fever itu, mendiang isterinya itu telah berjuang hampir dua tahun melawan penyakit tersebut.
View this post on Instagram
It is with a very heavy heart that I inform you that my beautiful wife Kelly has lost her two-year battle with breast cancer. She fought a courageous fight with the love and support of so many. My family and I will forever be grateful to her doctors and nurses at MD Anderson Cancer Center, all the medical centers that have helped, as well as her many friends and loved ones who have been by her side. Kelly’s love and life will always be remembered. I will be taking some time to be there for my children who have lost their mother, so forgive me in advance if you don’t hear from us for a while. But please know that I will feel your outpouring of love in the weeks and months ahead as we heal. All my love, JT
A post shared by John Travolta (@johntravolta) on
Jul 12, 2020 at 10:20pm PDT
"Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.
"Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai," tulisnya.
Mendiang Preston dan Travolta telah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun dan memiliki tiga cahaya mata.
"Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.
"Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua," katanya.
Pasangan tersebut berkahwin di Paris pada 1991.
Preston mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam industri filem dan televisyen dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.
Filem terakhir gandingan bersama pasangan ini adalah berjudul Gotti yang ditayangkan pada 2018.
Topic Berkaitan
#Barah payudara
#John Travolta
#Kelly Preston
#meninggal dunia
#Saturday Night Fever
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan