Pelakon aksi jelita Hong Kong, Shu Qi mengejutkan peminat dengan mengumumkan perkahwinannya dengan pelakon yang kini menjadi pengarah filem, Stephen Fung.
Perkahwinan mereka sekali gus menamatkan khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan romantis mereka sebagai pasangan kekasih sejak dua tahun lalu.
Shu Qi atau nama sebenar Lin Li-Hui telah memuat naik video dan gambar perkahwinannya dengan Stephen di laman sosial, Instagram miliknya.
"Perkahwinan kami ringkas. Busana perkahwinan kami juga lebih kasual' itu yang disampaikan Shu dalam kenyataan yang di muat naik dalam satu portal hiburan," kata Shu Qi.
Namun, ramai yang kecewa selepas Shu Qi dan Stephen mengesahkan mereka tidak akan mengadakan majlis resepsi menandakan untuk menyambut hari bahagia mereka.
Sesi fotografi yang dikongsikan dilakukan di Prague, Republik Czech.
Shu Qi dan Stephen menegaskan bahawa, mereka memutuskan untuk hidup bersama bukan kerana menantikan cahaya mata.
Kenyataan itu dinyatakan kerana ia sering belaku dalam kalangan selebriti Hong Kong.
Zhang Ziyi, bintang Crouching Tiger, Hidden Dragon antara pelakon yang mengumumkan kehamilan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan pemuzik terkenal, Wang Feng.
Shu Qi, pelakon filem aksi The Assassin mengenakan gaun pengantin ringkas dan kelihatan tersenyum sepanjang majlis bersejarah tersebut. Stephen pula kelihatan segak mengenakan sut hitam.
Seperti kebanyakan pengantin, pasangan yang sering berkongsikan foto bersama-sama di media sosial ini memegang sekeping kad tertera perkataan "Married".
Shu Qi yang berasal dari Taiwan, memulakan kariernya dalam bidang peragaan. Shu, yang sudah berusia 40 tahun, kemudian berhijrah ke Hong Kong dan melebarkan sayapnya di layar perak.
Dia sebelum itu, tampil dalam filem erotik, sebelum bakatnya dicungkil untuk beraksi dalam filem blokbuster Hong Kong.
Menerusi filem Viva Erotica yang diterbitkan pada 1996, Shu Qi yang dikenali dengan imej bibir menggiurkan itu dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik dan Pelakon Baharu Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong.
Stephen, 42, bermula sebagai pelakon dan penyanyi di Hong Kong.
Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau lebih tertumpu kepada kerja-kerja belakang tabir.
Selaku pengarah pula, beliau pernah mengemudi filem Kung Fu, Tai Chi 0 dan sekuelnya, Tai Chia Hero."
Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta ketika membintangi drama, Bishonen pada tahun 1997.
Helmi Majid
Sat Sep 03 2016
Seperti kebanyakan pengantin, pasangan yang sering berkongsikan foto bersama-sama di media sosial ini memegang sekeping kad tertera perkataan "Married". - Gambar AP
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.
ADUN Pengkalan Kubor selamat dirikan rumah tangga
Calon Pas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu, selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangannya, Selasa lalu.
Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.
Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.
Anak Eminem, Alaina Scott berkahwin
Berita gembira itu dikongsi Scott sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Menghitung hari bergelar suami, Syafiq Kyle selami ilmu rumah tangga
Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pelakon terkenal Syafiq Kyle mengaku merasai debaran dan kini dalam proses menghitung hari bergelar suami kepada pelakon Mimi Lana.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.