awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 'Teletubbies' Simon Shelton Barnes meninggal dunia

Agensi
Agensi
24/01/2018
09:06 MYT
Pelakon 'Teletubbies' Simon Shelton Barnes meninggal dunia
Pihak polis memaklumkan, Simon Shelton Barnes, 52 tahun, meninggal dunia pada Rabu lalu di Pulau Mann, Liverpool.
Pelakon yang memegang watak Tinky Winky dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies meninggal dunia selepas ditemui rebah di atas jalan raya akibat mengalami suhu badan yang rendah.
Menurut Daily Mail, perkara tersebut dimaklumkan rakan karibnya dan turut disahkan oleh pihak polis.
Pihak polis memaklumkan, Simon Shelton Barnes, 52 tahun, meninggal dunia pada Rabu lalu di Pulau Mann, Liverpool.
Mendiang merupakan seorang bapa kepada tiga orang anak dan berasal dari Bedfordshire, England.
Selain itu, Barnes juga merupakan seorang penari ballet dan koreografer sebelum berlakon sebagai watak Teletubies ungu yang memakai ‘beg magik’ dalam rancangan popular kanak-kanak itu sekitar 1998 hingga 2001.
Judith Tynan, rakan sebilik mendiang, turut berkongsi mengenai gelagat pelakon yang disifatkannya kacak dan menawan itu.
“Saya sangat terkesan di atas kehilangan beliau, beliau seorang sahabat yang sangat baik, mudah berkawan dan sangat penyayang.
"Judith turut mengatakan Teletubbies merupakan hasil karya terbaik Barnes dan mereka pernah ketawa bersama apabila mengenangkan cerita yang kelakar itu," katanya.
Barnes pernah memberitahu, berat kostum watak Tinky Twinky ialah kira-kira 27 kilogram.
“Memakai kostum yang berat itu bukan mudah tetapi mendiang telah berjaya melakukannya dan membawa dirinya ke puncak kejayaan,” ujarnya.
Selain itu, berita kematian Barnes turut menerima pelbagai reaksi serta ucapan dari rakan-rakan produksi, krew, pelawak dan ramai lagi.
What a week ! RIP Simon Shelton aka Tinky Winky : remembering the many good times. Rest easy pic.twitter.com/4uyJDBoJdO
— John Simmit (@JohnSimmit) January 22, 2018
My wonderful uncle Simon Barnes has been taken from us all so suddenly. The kindest and most talented man you could ever wish to meet. Loved by all who knew him, and will be forever. X
A post shared by Emily Atack (@emilyatackofficial) on
Jan 19, 2018 at 4:33am PST
Jumlah tontonan Teletubbies mencecah 1 juta penonton terutama di kalangan kanak-kanak dari lebih 120 negara dalam 45 bahasa.
Topic Berkaitan
#Bedfordshire
#England
#Judith Tynan
#Liverpool
#Simon Shelton Barnes
#Teletubbies
#Tinky Winky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan