awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

Pelancaran tertunda sejak April, akhirnya ManifestaSITI2020 dilancar

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/07/2020
11:58 MYT
Pelancaran tertunda sejak April, akhirnya ManifestaSITI2020 dilancar
ManifestaSITI2020 sepatutnya dilancarkan pada bulan April namun disebabkan berlakunya pelbagai kengkangan dan penularan wabak COVID-19 pelancaran tersebut terpaksa ditunda. - Astro AWANI
ManifestaSITI2020 sepatutnya dilancarkan pada bulan April namun disebabkan berlakunya pelbagai kekangan dan penularan wabak COVID-19 pelancaran tersebut terpaksa ditunda.
Namun cabaran tersebut tidak menghalang penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk melancarkan album terbaharunya itu.
Selepas hampir empat tahun, buah hati kesayangan Malaysia itu menganggap penghasilan album ini sangat bermakna baginya kerana ia merupakan satu album yang menterjemahkan emosi dan juga suara hati penyanyi kelahiran Termeloh, Pahang itu.
"ManifestaSITI2020 ini adalah buah tangan saya pada tahun 2020 dan tentunya saya mahu mengabadikan sesuatu yang istimewa sempena kedatangan tahun yang mempunyai sejarah tersendiri kepada dunia," katanya semasa sidang media pelancaran Album ManifestaSiti2020 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada masa sama, Siti Nurhaliza juga menyatakan bahawa pemilihan lagu Teratai Menjelma untuk dimuatkan dalam album tersebut kerana beliau mahu sesuatu yang peminat rindu untuk mendengarnya.
"Saya rasa ManifestaSITI2020 perlukan sesuatu yang orang rindu-rindukan, maka tercetuslah idea untuk memilih lagu Teratai Menjelma untuk dimuatkan dalam album ini," katanya.
Selain Teratai Menjelma, album ke-18 Siti Nurhaliza menampilkan beberapa lagu baharu iaitu Siapa Tak Mahu, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, dan Tertulis Nama Kita ciptaannya sendiri bersama pengurus, Rozisangdewi.
Pada sidang media tersebut Siti turut mengumumkan bahawa muzik video 7 Nasihat, duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta akan dilancarkan dilaman YouTube Siti Official Video pada 7 Julai ini pada 7.07 minit malam.
Topic Berkaitan
#Album
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#hiburan
#Lagu
#ManifestaSITI2020
#Sidang media
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.