awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2016
09:06 MYT
Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia
Mr Os merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi Kumpulan Osbon. -Foto fail
Pelawak terkenal era 80an dan 90an, Mr Os disahkan meninggal dunia hari ini.
Mr Os, 55 tahun, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang, menurut anaknya Husna Yusof ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut perkongsian di Facebook anaknya, jenazah Mr Os akan dibawa pulang ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah dekat sini.
Selain terkenal dengan filem seperti "Adik" dan "Awang Spanar", Mr Os juga merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi penyertaannya bersama Abon sebagai gandingan Osbon.
Mr Os dimasukkan ke Hospital Selayang pada Isnin setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya.
Allahyarham dijadual menghadiri satu majlis bersama Ustaz Azhar Idrus malam ini di Teluk Pasu, Kuala Terengganu.
Assalamualaikum&salam jumaatabah saya mohd yusof bin Abdul Hamid (mr.os) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi....
Posted by Husna Yusof on
Topic Berkaitan
#Maharaja Lawak Mega
#Mr Os meninggal dunia
#Osbon
#pelawak terkenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan