announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemain trumpet Black Dog Bone meninggal dunia awal pagi ini

Pemain trumpet Black Dog Bone meninggal dunia awal pagi ini
Pemain trumpet, horn dan trombone kumpulan Blcak Dog Bone (BDB), Masron Ali meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Changi, Singapura.
KUALA LUMPUR: Pemain trumpet, horn dan trombone kumpulan Blcak Dog Bone (BDB), Masron Ali meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Changi, Singapura.

Berita kematian Allahyarham diberitahu oleh penyanyi kumpulan tersebut Ishar Masrom atau lebih dikenali sebagai Razzi M di laman Facebook peribadinya.

"Kami telah kehilangan seorang sahabat yang telah lama mengabdikan diri dalam seni dan telah banyak berjasa dalam mengharumkan nama Black Dog Bone.

"Semoga kau tenang di sana sahabat," tulis Razzi M.

Masron yang juga salah seorang penyanyi BDB, dimasukkan hospital akibat sakit radang paru-paru pada awal 2014 hingga menyebabkan beliau hilang suara.

Menulis lanjut di Facebooknya, Razzi M yang sedih atas kehilangan sahabatnya itu menjelaskan Masron telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

"Tiupan trumpet, gurauan, jenaka dan tawamu tak mungkin dapat kami nikmatinya lagi

"Suara unikmu dalam menyampaikan lagu-lagu jenaka dan nasihat telah berjaya memberi kesan dan banyak membantu mengharumkan nama Black Dog Bone hingga kini.

"Terima kasih dan selamat jalan sahabat, semoga kau tenang di sana dan perjuangan ini akan tetap kami teruskan insya-Allah," tulis beliau lagi.