BTS, kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, bukan sahaja menggegarkan pentas dunia, malah turut menggoncang dunia internet!
Filem mereka, Burn The Stage: The Movie telah menyebabkan laman sesawang panggung Golden Screen Cinemas (GSC) ‘down’ apabila peminat tegar kumpulan tersebut melakukan ‘perang tiket’ dan berduyun-duyun membeli tiket atas talian.
Menurut muat naik di laman Twitter, admin GSC mengumumkan bahawa laman web rasminya tidak berfungsi pada malam Isnin dan meminta agar pembeli tiket untuk bersabar.
“Team IT sekarang gelabah untuk memulihkan semula laman web GSC. Bersabarlah dengan pihak kami.
“Jangan risau walaupun sudah ‘sold out’. Kita akan usahakan tayangan di dewan baru,” kata adminnya.
Rata-rata ARMY (nama fandom BTS) melahirkan rasa hampa kerana tidak berkesempatan membeli tiket untuk menonton filem pertama BTS itu.
Setakat ini, GSC merupakan satu-satunya panggung wayang di Malaysia yang mempunyai hak untuk menayangkan dokumentari tersebut.
Ada juga yang mengesyorkan kepada pihak GSC supaya membuka lebih slot dan tidak hanya mengehadkan masa tayangan kepada satu hari sahaja.
Burn The Stage: The Movie merupakan filem sulung BTS dan ia merupakan dokumentari yang dirakam ketika konsert 'BTS Live Trology Episode 11: The Wings Tour' yang membawa penyanyi-penyanyi Fake Love itu ke 19 bandar yang berlainan untuk beraksi di 40 pentas serta disokong 550,000 peminat dalam masa kurang daripada satu tahun.
Dokumentari tersebut bakal menemui penonton bermula 15 November depan.
ARMY, adakah anda sempat membeli tiket untuk menonton 'bias' anda?
Isabelle Leong
Mon Oct 22 2018
Dokumentari Burn The Stage: The Movie merupakan filem sulung BTS dan ia bakal menemui penonton bermula 15 November depan. - Foto Instagram bts.bighitofficial
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
Hadiah buat ARMY, Jin BTS tampil dengan single 'The Astronaut'
Anggota kumpulan BTS, Jin bakal tampil dengan single pertama tidak lama lagi.
Video pemimpin politik India tonton persembahan BTS curi tumpuan
Ciapan Rahul Gandhi selepas melawat pelajar di salah sebuah sekolah di Kerala menarik perhatian ramai.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
BTS raih dua anugerah di AMA 2020
Biarpun tidak dapat menghadiri majlis anugerah itu, mereka mempersembahkan dua lagu iaitu 'Dynamite' dan lagu baharu 'Life Goes On' dari Stadium Seoul.
MTV EMA 2020: Syabas ARMY! BTS menang anugerah 'Biggest Fans'
Selain anugerah tersebut, BTS juga mendominasi tiga kategori lain termasuk anugerah utama Lagu Terbaik menerusi lagu hit terbaharu mereka Dynamite.
BTS enggan kongsi pentas lagi, mahu buat persembahan solo di Grammy
Penyanyi rap, Suga, dalam satu sidang media dalam talian pada Rabu berkata biarpun pernah mengadakan persembahan di pentas Grammy sebelum ini, mereka menyimpan hasrat untuk membuat persembahan solo.
ARMY, persiapkan diri anda! BTS bakal lancar album baharu tahun ini
Kumpulan yang popular dengan lagu "Fake Love" itu akan mengeluarkan single baharu secara digital pada 21 Ogos ini.
BTS pecah rekod jualan album tertinggi pada hari pertama
Jumlah tersebut cukup untuk mencatatkan rekod baharu bagi jualan tertinggi dalam satu hari serta jualan tertinggi dalam seminggu bagi sebuah album.
Bazzi, BTS bakal jalinkan kolaborasi?
Bazzi meluahkan minatnya untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkemuka tersebut dalam temu bual eksklusif dalam segmen AWANI Xtra.