awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat cemas, BTS kemalangan selepas tamat konsert di Taiwan

Gempak
Gempak
11/12/2018
00:00 MYT
Peminat cemas, BTS kemalangan selepas tamat konsert di Taiwan
Difahamkan selain kenderaan yang dinaiki BTS, kemalangan terbabit juga melibatkan beberapa buah kereta dan teksi. - Foto Astro GEMPAK
KUMPULAN K-Pop terkenal, BTS dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas tamat konsert di Taiwan pada Ahad.
Berita itu mengundang rasa cemas di kalangan peminat yang berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun menurut kenyataan rasmi wakil syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertaiment memberitahu ia hanya kemalangan kecil dan BTS berada dalam keadaan selamat.
“Kejadian berlaku ketika BTS dalam perjalanan pulang ke hotel selepas selesai mengadakan konsert di Taiwan.
“Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang dinaiki BTS terlibat dengan kemalangan.
“Bagaimanapun tiada anggota BTS yang mengalami cedera dan mereka kemudiannya dibawa pulang ke hotel dengan selamat,” jelas wakil tersebut.
Difahamkan selain kenderaan yang dinaiki BTS, kemalangan terbabit juga melibatkan beberapa buah kereta dan teksi.
Terdahulu, BTS baru sahaja selesai mengadakan siri jelajah konsert ‘Love Yourself’ di Taoyuan, Taiwan pada Sabtu dan Ahad.
Dalam perkembangan terbaru, BTS akan membuat persembahan di anugerah Mnet Asian Music Award 2018 (MAMA 2018) yang bakal berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember ini.
Sumber: Soompi, Allkpop
Topic Berkaitan
#Big Hit Entertaiment
#BTS
#cedera
#Hong Kong
#hotel
#kemalangan
#konsert
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan