awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangan Hantu Kak Limah, 'Per.. Per..' sudah mula viral!

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
12/08/2018
00:48 MYT
Penangan Hantu Kak Limah, 'Per.. Per..' sudah mula viral!
Hantu Kak Limah catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya pada Khamis. - Gambar fail
BAGI pengikut filem francais komedi seram Hantu Kak Limah, pasti anda tahu setiap kali siri filem ini ditayangkan, pasti ada dialog atau lagu yang akan mula tular.
Untuk siri kali ini, pengarahnya Mamat Khalid akui dialog ‘per.. per..’ mula tular dalam kalangan penonton.
Mamat ketika dihubungi Astro AWANI berkata dialog-dialog yang tular sejak beberapa siri yang lalu bukan salah satu daripada perancangan promosi filem itu.
“Untuk siri kali ini, dialog ‘per..per..’ dah mula viral di Facebook. Sebenarnya, kami tidak rancang pun dialog itu untuk jadikan ia viral.
“Tetapi apabila penonton dah tonton dan faham dialog itu, mereka akan mula gunakannya sehingga ia menjadi viral,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mamat turut berkongsi bahawa satu lagi siri filem komedi seram ini akan menyusul.
“Kami baru lepas bermesyuarat, Insya-Allah akan ada satu lagi siri Zombi Kampung Pisang yang akan menyusul.
“Kami termasuk Astro Shaw akan mengisytiharkan tentang filem ini tidak lama lagi. Satu lagi siri Zombie Ultimater akan ditayangkan,” katanya.
Hantu Kak Limah catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya pada Khamis.
BACA: Filem Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta di hari pembukaan
BACA: Pecah perut gelak tengok Hantu Kak Limah! Ini 5 sebabnya...
Kutipan tersebut sekali gus merekodkan filem arahan, Mamat Khalid itu sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi pada hari pertama ditayangkan kepada umum.
Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini membariskan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Hantu Kak Limah kini ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Topic Berkaitan
#Awie
#Datuk Seri Vida
#Facebook
#filem
#Hantu Kak Limah
#Mamat Khalid
#per per
#promosi filem
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan