SEBUAH penyiasatan jenayah kolar putih terbesar dunia melibatkan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram antarabangsa.

Kisah seorang pembiaya yang menggelapkan USD3.5 bilion dari dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang mengalirkan wang ke New York dan Hollywood.

Disokong fakta yang mengejutkan, susuri penyiasatan dari wartawan The Hollywood Reporter, The New York Times dan The Wall Street Journal yang mendedahkan skandal ini.

The Kleptocrats pernah ditayangkan di Festival Filem New York November lalu.

The Kleptocrats kini boleh dilanggan di Astro First melalui saluran 480, On Demand & Astro Go. Jika anda bukan pelanggan Astro, sila layari www.njoinow.astro.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com.


Trivia 'The Kleptocrats'

Syarikat penerbitan: Rubber Ducky Productions, Roast Beef Productions

Penerbit: Mike Lerner

Pengarah: Sam Hobkinson dan Havana Marking

Lakon layar: Sam Hobkinson, Louise Story & Havana Marking

Penyunting: Peter Norrey dan John Clohessy

Sinematografi: Luciano Blotta dan Phillip Stebbing