PENGACARA program Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan, digantung tugas serta-merta susulan isu mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Hal itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) Datuk Ahmad Izham Omar menerusi satu kenyataan media.
Selain Ammar, enam kru rancangan berkenaan turut menerima nasib yang sama.
Tempoh penggantungan untuk Ammar tidak dinyatakan, manakala tempoh penggantungan enam kru tersebut akan diputuskan kemudian.
Rancangan itu juga ditamatkan siarannya.
Dalam kenyataan itu, Ahmad Izham sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga Watson atas kesilapan itu.
PWS, kata Ahmad Izham, bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa jika Watson meneruskan niat untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Sebagai syarikat penerbit rancangan tersebut, Primeworks Studios tidak akan lari dari tanggungjawab dan kami komited untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik bagi Watson dan keluarganya," kata Ahmad Izham.
Dalam satu sidang media petang tadi, Ammar sendiri turut hadir untuk bertemu keluarga Watson dan meminta maaf.
Bagaimanapun, Watson dan keluarganya dilaporkan menolak permohonan maaf itu dan tetap akan meneruskan prosedur undang-undang.
Watson telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 10 pagi tadi.
Semalam Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan yang disiarkan Sabtu lepas apabila Ammar mengejek nama mendiang bapanya, yang juga bekas anggota polis, dengan membuat bunyi binatang.
Madiha Abdullah
Mon Apr 24 2017
Selain Ammar, enam kru rancangan berkenaan turut digantung tugas. Foto Instagram Azizul Ammar
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Ammar, penerbit 'Sukan Tak Sentral' didakwa hari ini
Pengacara Azizul Ammar Abu Hassan, 30, atau Ammar didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Pengacara Sukan Tak Sentral digantung tugas, program ditamatkan
Watson dan keluarganya dilaporkan menolak permohonan maaf itu dan tetap akan meneruskan prosedur undang-undang.