Tutup

Pengarah filem Hanung Bramantyo kongsi kisah bersama BJ Habibie

Pengarah filem Hanung Bramantyo kongsi kisah bersama BJ Habibie
Menurut Hanung Bramantyo begitu banyak kenangan yang tercipta bersama dengan Eyang Habibie sepanjang mereka bersama ketika mengarahkan filem mengenai Eyang dan juga isterinya, Ainon - Gambar Instagram/@hanungbramantyo, twitter.com/bjhabibieq
SUDAH pasti ada banyak kenangan bersama dengan bekas Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie.

Begitu juga dengan pengarah filem biopik, Habibie & Ainon, Hanung Bramantyo.

Menurutnya, begitu banyak kenangan yang tercipta bersama dengan BJ Habibie sepanjang mereka bersama ketika mengarahkan filem mengenai dan juga isterinya, Ainon.

Hanung juga berkongsi pengalamannya ketika rangka promosi Habibie & Ainon 3, Habibie ingin turut serta dalam mempromosikan filem tersebut namun dia tidak boleh keluar dari Jakarta kerana keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.
Filem pertama Habibie & Ainon diterbitkan pada tahun 2012 dan membariskan pelakon terkenal Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari.

Empat tahun kemudian Habibie & Ainon 2 - Rudy Habibie, lakonan Reza Rahadian, Chelsea Islan, dan Indah Permatasari.
Habibie & Ainun 3 - Ainun yang dilakonkan oleh Maudy Ayunda, Aghniny Haque, Rebecca Klopper bakal menemui peminat pada 19 Disember 2019.

Ikuti perbualan penuh antara Hanung dan Astro AWANI.